Dunia Bina Engineering ditubuhkan pada awal tahun 2017 sebagai sebuah syarikat pembinaan milik Bumiputera yang berdaftar sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta diiktiraf sebagai kontraktor Bumiputera.
Penubuhan syarikat ini profesional, berkualiti, telus dan menepati kehendak pelanggan, khususnya dalam sektor kerajaan dan swasta. Kami percaya bahawa kejayaan sesebuah projek bergantung kepada perancangan yang teliti, pengurusan yang cekap serta tenaga kerja yang berpengalaman.
Dunia Bina Engineering menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang pembinaan termasuk pembinaan bangunan kediaman dan komersial, kerja-kerja ubahsuai dan naik taraf, penyelenggaraan bangunan dan fasiliti awam, pembekalan serta pemasangan papan tanda jalan, serta perkhidmatan perundingan dan pengurusan projek pembinaan.
Dengan pasukan yang berkemahiran dan berpengalaman, kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik yang memenuhi spesifikasi teknikal, bajet dan tempoh masa yang ditetapkan. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami dan menjadi asas kepada reputasi syarikat.
Berdaftar dengan SSM dan CIDB serta layak melaksanakan projek kerajaan dan swasta.
Mempunyai pengalaman dalam pelbagai jenis projek pembinaan dan kejuruteraan awam.
Perancangan, penjadualan dan pemantauan tapak dilaksanakan secara teratur dan profesional.
Mengutamakan mutu kerja, keselamatan dan pematuhan spesifikasi teknikal.
Mengamalkan komunikasi yang jelas serta pengurusan kos yang telus.
Fokus kepada keperluan pelanggan dan penyampaian hasil yang menepati jangkaan.